SPM : 10 Mata Pelajaran Mulai Tahun 2010

SPM : 10 Mata Pelajaran Mulai Tahun 2010

Semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hanya boleh mengambil 10 mata pelajaran mulai tahun depan, namun pengecualian diberikan kepada mereka daripada aliran agama sains.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dengan keputusan itu, pelajar aliran agama sains dibenarkan mengambil 11 mata pelajaran, tetapi hanya untuk tahun 2010 sahaja.

Katanya, kelonggaran itu terpaksa diberikan kepada pelajar aliran tersebut kerana pengambilan 11 mata pelajaran di dalam SPM telah menjadi amalan sejak sekian lama.

Walau bagaimanapun, kelonggaran ini hanya diberikan untuk tahun depan sahaja. Oleh itu, satu bentuk pengubahsuaian perlu dilakukan segera kerana mulai tahun 2011, semua pelajar termasuk aliran agama sains hanya dibenarkan mengambil 10 mata pelajaran.

Muhyiddin sekali lagi memberi penekanan bahawa tujuan kerajaan mengehadkan pengambilan 10 mata pelajaran adalah untuk mengelakkan pelajar di negara ini terlalu berorientasikan pencapaian peperiksaan.

Usaha mengehadkan pengambilan kepada 10 mata pelajaran mampu membangunkan potensi murid secara lebih intensif dan komprehensif. Ia disebabkan guru dan murid mempunyai lebih banyak masa untuk menyeimbangkan antara kegiatan akademik dan aktiviti kokurikulum.

Beliau seterusnya mahu melihat perkembangan akal, rohani dan emosi murid lebih seimbang supaya selari dengan hasrat falsafah pendidikan kebangsaan.

(Sumber : Utusan Malaysia)

This entry was posted in SPM. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s